Wednesday 15 August 2012

PROGRAM TWEETUP DI SEMBRONG JOHOR

Program seumpama ini memang sepatutnya diteruskan kerana ianya dapat merapatkan lagi ukhwah sesama unit media di daerah masing-masing dan dapat bersuai kenal serta beramah mesra dengan YB yang akan di jemput hadir untuk memeriahkan lagi program tweet up ini. Selesai beramah mesra dan suai kenal,majlis berbuka puasa juga turut diadakan bagi melengkapkan lagi majlis.

Tuesday 14 August 2012

PROGRAM IM4U

Baru-baru ini,satu program yang amat meriah telah berlangsung di dataran KLCC iaitu 1M4U. Program ini telah dihadiri oleh ribuan belia dan remaja khasnya yang rata-rata adalah dari sukarelawan seperti Sukarelawan Rakyat Malaysia (RELA) dan Jabatan Pertahan Awam Malaysia (JPAM) serta pelbagai lagi badan sukarelawan yang lain. Program ini bertujuan memupuk rasa cinta pada negara,semangat sukarelawan dan ukhwah sesama rakyat Malaysia. Turut hadir Perdana Menteri Malaysia kita yang datang untuk menyokong dan memeriahkan lagi program gilang gemilang ini.

Friday 10 August 2012

PROGRAM TWEET UP DI TEMERLOH PAHANG

Pada 28 Julai 2012,satu program tweet up dan beramah mesra telah diadakan di Temerloh,Pahang. Beberapa wakil Unit Media di daerah yang tepilih telah menghadirkan diri bagi memeriahkan lagi program ini yang berlangsung selama sehari. Antara wakil Unit Media yang hadir ialah daripada Daerah WPKL, Daerah Sembrong, Daerah Langat dan beberapa daerah lain. Program yang dianjurkan oleh pihak media Pahang ini turut mengundang Yang Berhormat Dato' Mohd Sharkar Shamsuddin dan beberapa YB yang lain.