Satu majlis telah diadakan pada hari isnin, 18 Jun 2012 bertempat di Corus Hotel Jalan Ampang. Tetamu-tetamu yang hadir terdiri daripada pegawai-pegawai Kehormat RELA KL dan Pegawai-Pegawai RELA dari Ibupejabat dan Negeri WPKL. Kehadiran YBhg. Senator Dato' Raja Nong Chik B. Dato' Raja Zainal Abidin merupakan tetamu VVIP yang hadir untuk merasmikan majlis tersebut. Turut hadir Lef. Jen (RELA) Hj Lukeman bin Saaid, Dato Seri Micheal Chong serta tetami VIP yang lain. Majlis dimulakan dengan ucapan dari Pengerusi Kelab kehormat RELA Negeri WPKL, YBhg. Dato' Mohd Khir Bin Yaacob. Majlis malam ini diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan diantara ahli-ahli
kehormat, para pegawai serta Menteri khas nya. Selain daripada itu, ia merupkan platform untuk mengeratkan lagi hubungan serta kerjasama diantara Kementerian Wilayah dan RELA WPKL. Diharap dengan berlangsungnya majlis ini kedua-dua belah pihak dapat berkerjasama dalam pelbagai aktiviti mahupun program yang akan dianjurkan kelak. Tidak ketinggalan juga, Menteri Wilayah turut menyatakan akan sentiasa memberi sokongan padu kepada RELA dari pelbagai aspek termasuklah sokongan untuk para anggota yang berkelayakan untuk mendapatkan rumah. Terima kasih YBhg. Senator Dato'.

No comments:
Post a Comment
KAMI MEMERLUKAN KOMEN ATAU IDEA BERNAS ANDA