Wednesday 18 July 2012

KIBARKAN JALUR GEMILANG

RELA WPKL mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda cinta kepada negara. Jalur Gemilang melambangkan kesetiaan, kesatuan dan patriotisme. Oleh itu, penting untuk kita menanam semangat dan nilai-nilai patriotisme ini dalam diri kita sebagai generasi muda dan pasca merdeka.RAMAI yang mungkin mengambil kiraan mudah bila diajukan soalan ini - Sudah berapa tahun Jalur Gemilang berkibar di tanah air ini?Lima puluh lima tahun, tentunya jika berdasarkan sambutan Hari Kebangsaan negara pada 31 Ogos ini. Sebenarnya
Jalur Gemilang dengan 14 jalur merah putih, bulan dan bintang empat belas pecahan berwarna kuning yang berlatar belakang warna biru di satu sudut itu, sudah berkibar tujuh tahun sebelum merdeka.

Empat belas jalur merah dan putih melintang yang sama lebarnya menandakan keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan kerajaan persekutuan. Warna biru tua di atas sebelah kiri yang mengandungi anak bulan, ialah lambang agama Islam, agama rasmi negara.

Bintang pecah empat belas pula ialah tanda perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan persekutuan.
Warna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna diraja bagi raja-raja Melayu.
Bendera kebangsaan dicipta daripada satu pertandingan pada November 1949.




Enam bulan selepas itu Raja Britain, King George ke-VI mengarahkan bendera itu dikibarkan sebagai bendera baru Persekutuan Tanah Melayu pada 26 Mei 1950.

Beberapa pengubahsuaian dilakukan terhadap corak asal bendera itu sehinggalah secara rasminya ia dinamakan Jalur Gemilang pada 1997, ketika negara berusia 40 tahun. Kebanggaan memilik Jalur Gemilang bukan sepatutnya satu trend tetapi sudah sedia tersemat di sanubari. Setiap kali Hari Kebangsaan dan setiap kali program kibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Bulan Kemerdekaan, masing-masing rakyat sudah sepatutnya bersedia mengeluarkan bendera masing-masing.



Tidak perlu menunggu bendera percuma yang diagih-agihkan, tidak perlu mempersoal harga sehelai Jalur Gemilang.Sama-samalah kita hayati maksud sebenar "kibarkan jalur gemilang".

1 comment:

  1. idea saya ialah, lg best bila kata Jalur Gemilang kita singkat menjadi Jalang

    Hey BABIPUTERA MALAYS, x payah nak berbangga dengan bendera menciplak simbol kaum Kafir
    Bendera kwg banggakan bulat2 menciplak Spangled Banner, nak bangga? ptuih! kah kah kah

    Hey, BABIPUTERA MALAYS, kt mana2 Warna Khas Melayu itu Merah Putih

    Nah, ni saya kongsikan ide saya pasal Jalur Gemilang

    http://i981.photobucket.com/albums/ae300/man_one21/Jalangs.jpg

    ReplyDelete

KAMI MEMERLUKAN KOMEN ATAU IDEA BERNAS ANDA