Wednesday 18 July 2012

KIBARKAN JALUR GEMILANG

RELA WPKL mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda cinta kepada negara. Jalur Gemilang melambangkan kesetiaan, kesatuan dan patriotisme. Oleh itu, penting untuk kita menanam semangat dan nilai-nilai patriotisme ini dalam diri kita sebagai generasi muda dan pasca merdeka.RAMAI yang mungkin mengambil kiraan mudah bila diajukan soalan ini - Sudah berapa tahun Jalur Gemilang berkibar di tanah air ini?Lima puluh lima tahun, tentunya jika berdasarkan sambutan Hari Kebangsaan negara pada 31 Ogos ini. Sebenarnya

Tuesday 17 July 2012

PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT NEGERI WPKL

Baru-baru ini,satu pertandingan kawad kaki telah diadakan di depan bangunan Kementerian Dalam Negeri di Jalan Duta.Anggota RELA yang terlibat kira-kira 100 orang kesemuanya segak berpakaian kemas di perkarangan utama bangunan KDN. Dengan kehadiran pegawai daerah memberi lebih semangat kepada para anggota RELA untuk memenangi pertandingan kawad kaki ini.

PROGRAM GOTONG-ROYONG WILAYAH

RELA WPKL terlibat dengan program Blue Ocean 6. Kesemua daerah terlibat dengan aktiviti gotong royong ini. Kerjasama dan ukhwah para anggota dan sukarelawan memudahkan lagi kerja-kerja gotong royong ini.Semangat murni seumpama ini lah yang harus ada dalam setiap diri anggota RELA dan ianya harus dipupuk bukan sahaja kepada sukarelawan bahkan juga kepada setiap diri kita dan anak muda khususnya.Program ini mendapat sokongan dan sambutan dari pelbagai pihak tidak kira tua dan muda,masing-masing mengambil bahagian untuk turut serta dalam menjayakan gotong royong ini.

Sunday 15 July 2012

PROGRAM IM4U

Suasana himpunan jutaan belia seperti di Putrajaya berulang kembali. Ribuan belia dan remaja hadir memberi sokongan padu kepada program IM4U yang diadakan di kawasan atau taman KLCC yang megah di tengah bandaraya Kuala Lumpur.Walaupun cuaca agak panas,namun remaja yang hadir tetap bersemangat berkumpul beramai-ramai bagi memeriahkan lagi program ini. Dari minit ke minit,pengunjung semakin bertambah menjadikan fenomena ini satu sejarah indah bagi Malaysia yang berjaya mengumpulkan para remaja khususnya. Dengan kehadiran Perdana Menteri kita,ianya menambah lagi semangat anak muda untuk terus mengorak langkah menjadi ramaja yang tidak mensia-siakan masa mudanya.

PROGRAM RAMAH MESRA BERSAMA PEGAWAI RELA WPKL

Pada 13 dan 14 Julai 2012,satu program ramah mesra bersama pegawai Rela WPKL yang sangat meriah telah diadakan di Rimba Kalong Ulu Yam.Hari yang cukup indah itu telah dihadiri hampir 100 peserta termasuk Unit Media,anggota dan pegawai.Pelbagai acara menarik telah dilaksanakan dengan jaya antaranya seperti sukaneka,night walk,futsal dan karouke.Tidak cukup dengan itu,cabutan bertuah juga turut diadakan.Bagi memeriahkan lagi majlis,kesemua peserta terlibat dan tidak terkecuali walau seorang pun.Program yang cukup meriah ini mendapat pujian dari pihak pegawai dan mungkin akan dianjurkan lagi untuk masa akan datang.