Satu majlis telah diadakan pada hari isnin, 18 Jun 2012 bertempat di Corus Hotel Jalan Ampang. Tetamu-tetamu yang hadir terdiri daripada pegawai-pegawai Kehormat RELA KL dan Pegawai-Pegawai RELA dari Ibupejabat dan Negeri WPKL. Kehadiran YBhg. Senator Dato' Raja Nong Chik B. Dato' Raja Zainal Abidin merupakan tetamu VVIP yang hadir untuk merasmikan majlis tersebut. Turut hadir Lef. Jen (RELA) Hj Lukeman bin Saaid, Dato Seri Micheal Chong serta tetami VIP yang lain. Majlis dimulakan dengan ucapan dari Pengerusi Kelab kehormat RELA Negeri WPKL, YBhg. Dato' Mohd Khir Bin Yaacob. Majlis malam ini diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan diantara ahli-ahli
Wednesday, 27 June 2012
HIMPUNAN SKUAD MUDA KDN
Himpunan ini telah diadakan pada 10 JUNE 2012 bertempat di MAEPS SERDANG. Seramai 15,000 ribu belia dan beliawanis telah mengambil bahagian didalam himpunan ini dimana ia nya melibatkan anggota-anggota sukarelawan seperti RELA, AADK, JPAM, SUKSIS, daripada seluruh malaysia.. Pelbagai acara menarik telah diadakan diantaranya flying fox, pertandingan vokal dan sebagainya. Slogan 312 we want peace telah bergema di segenap pekarangan MAEPS serdang..jom2 kita tengok pic2 yg sempat diambil untuk tatapan semua..seronok?jomla join RELA. Mudah je, cuma daftar sebagai ahli di pautan yang telah kami sediakan dan anda berpeluang berhimpun seperti dalam gambar tersebut,menarik?Jom layannn...
MAJLIS PENGANUGERAHAN PANGKAT RELA 2012
Selasa 13 Mac 2012, satu majlis Penganugerahan Pangkat Kehormat RELA telah berlangsung dengan disempurnakan oleh YB Dato' Lee Chee Leong Timbalan Menteri KDN serta dihadiri oleh Ketua Pengarah RELA dan Pengarah-pengarah bahagian yang lain. Majlis ini dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan kawalan kehormat RELA WPKL oleh YB Dato' Lee Chee Leong. Seterusnya beliau menyampai ucapan dimana beliau menyarankan agar pegawai dah ahli RELA mendukung visi jabatanmencapai dan meningkatkan 4K (Keselamatan, Keamanan, Kesejahteraan dan Keharmonian) serta meningkatkan lagi usaha melonjakkan gelombang kesukarelawaan agar sentiasa di hati rakyat. Selain itu beliau
BLOG RELA NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN
Salam dan Salam 1Malaysia, RELA Negeri Wilyah Kuala Lumpur sedang didalam proses untuk melengkapkan laman sesawangnya bagi membantu mempromosikan aktiviti-aktiviti RELA diseluruh Kuala Lumpur. Laman ini juga berfungsi sebagai medium untuk menyebarkan maklumat-maklumat terkini mengenai pembangunan RELA di Kuala Lumpur khususnya. Pihak RELA negeri Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur akan berusaha dari masa ke semasa unuk memuat naik setiap aktiviti RELA yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur agar masyarakat setempat dan amnya mendapat info terkini dan mendapat manfaat daripadanya.Sekiranya anda mempunyai cadangan untuk pembaikan laman ini, segala komen dan kritikan anda amatla dialukan. Sila hantar cadangan anda di relawpkl@gmail.com
Subscribe to:
Posts (Atom)